Kamis, 27 Agustus 2009

AMRUD UMMAH FI DAKWAH

Objektif
• Memahami penyakit-penyakit umat dalam beramal jama’i yang bersumber dari memperturutkan sikap infiradi
• Memahami akibat-akibat yang ditimbulkan dari penyakit-penyakit tersebut.
• Memahami bahwa ilaj untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan beramal jamai yang sehat dan berupaya untuk mengaplikasikan dan dengan membuang sikap infiradi


Sinopsis
Keadaan umat di dalam dakwah islamiyah menunjukkan sesuatu yang kurang menggembirakan. Perkara ini dibuktikan dengan banyaknya umat yang mengalami kekosongan jiwa dan kehilangan pegangan hidup sehingga menampilkan dakwah yang dibawanya sesuatu yang tidak efektif. Pengenalan kepada penyakit yang menjangkit umat di dalm dakwah supaya dapat menyadarkan kita kepada keadaan yang sebenarnya dan memerlukan kita untuk memakan ubat walaupun pahit dan tidak sedap agar dakwah dapat berjalan dengan baik. Penyakit ummat di dalam berdakwah secara dasarnya disebabkan oleh penyakit peribadi da’i yaitu dakwah bersendirian (infiradiyah). Infiradiyah ini dibahagikan kepada maknawiyah(mental) seperti keadaan emosi, dakwah yang berorientasi kepada tokoh, da’I merasa hebat dan banyak pengagum, mempunyai kecenderungan merendahkan orang lain. Infiradi juga dilihat dari segi aktiviti, diantaranya penyakit yang munkinmenjangkit aktiviti ini adalah dakwah yang asal-asalan dan tidak beraturan, dakwah dilakukan secata parsial tidak menyeluruh, dakwah yang sebahagian, tradisional dan tambal sulam.

Keadaan pribadi aktivis dakwah prlu diubati dengan menjalankan amal jama’i. Amal jama’I ini menumbuhkan kesedaran yang bersumber dari pengetahuan, berorientasi yang islami, peribadi yang rendah hati, bersifat adil adil, berfikiran dan berwawasan yang menyeluruh, menggunakan pendekatan dan wasail yang modern, mempunyai konsep dan berorientasi kepada minhaj untuk merubah secara total.

Hasyiah
• Penyakit ummat
Syarah
• Penyakit ummat di dalam berdakwah setelah diagnosis di dapati banyak yang berdakwah secara bersendirian tidak berjamaah dan bersama-sama. Senang dan seronok dakwah bersendiri yang di jalankan oleh sebagaian dai dan usztad hanyalah bersifat sementara. Mereka akan menyedaari setelah dakwah yang dilaksanakan dengan ikhlas ini tidak membawa banyak hasil, diantaranya adalah dakwah yang dilaksanakan dengan ikhlas ini tidak membawa banyak hasil, diantaranya adalah dakwah amal jamai dan tarbiyah nuqbawiyah. Dakwah tablig adalah dakwah yang sering dilakukan ustadz seperti dakwah di surau, masjid, perairan dan ceramah-ceramah umum. Wujud infiradiyah ini sebagai masalah utama di kalangan dai yang berdakwah.

2.Infiradiyah
Syarah
• Infiradiyah iaitu bersendirian. Selain tidak akan munculnyadakwah yang besar dengan menyelesaikan dakwah yang besar, dakwah dengan gaya bersendirian ini akan memunculkan suasana perpecahan di kalangan ummat khususnya diantara dai yang membawa fikrah berbeza dan pendekatan berlainan. Dakwah Nabi SAW mengajarkan kepada kita agar bersama-sama. Sunnahnya bersama-sama ini adalah sesuai dengan keadaan alam dan manusia yang diciptakan Allah. Mahlik pun dalam menjalankan aktivitasnya selalu bersama-sama. Mereka tidak akan pernah lepas dari kebersamaan. Sunnatullah yang mengajarkan demikian mestilah menjalankan dakwah secara bersama. Selain permasalahan dakwah infiradiyah ini disebabkan oleh maknawinya juga oleh aktiviti yang diamalkan

3.Secara maknawiyah
Syarah
• Peribadi dai yang infiradiyah cenderung mempunyai sifat yang emosional dan tidak bertanggung jawab, mereka cenderung berdakwah mengikuti emosi dan kurang dapat menerima keadaan sebenarnya sehingga dakwah yang tidak berdasarkan rancangan dan tanggung jawab yang benar akan mewarnai dakwah infiradiyah.
• Peribadi infiradi cenderung bekerja sendiri dan mereka mempunyai kecenderungan untuk dikenal oleh masyarakat. Dengan pendekatan ketokohan dan kehebatan yang dimilikinya untuk dimilikinya mereka merasa puas dan cukup untuk mengamalkan dakwah tablig yang di sokong oleh banyak pengikut umum.

Mengkultuskan dai yang infiradi sulit ditengah mengingat keadaan ini didasari oleh emosi dan perasaan yang kemudian wujud kharisma secara pribadi. Keadaan ini bukan wujud kerana amal atau program tetapi lebih peribadi yang membawa dakwah.
• Perasaan diri hebat juga keadaan maknawiyah dai yang cenderung infiradiyah. Kehebatan ini disebabkan kerana kerjanya sendiri dan tidak ada yang mencuba menasehati apabibila mengalami kesalahan dan tidak ada yang menegurnya. Hebat dengan ukuran banyak njemputan dkawak dan banyak orang yang mendengarkan ceramahnya adalah standard yang berorientasikan kepada duniawi dan lebih kepada pengaruh jahiliyah. Standard ini juga yang dugunakan oleh iblis ketika enggan tunduk kepada Nabi Adam AS.
• Meremehkan orang lain juga suatu akibat dari perasaan hebat dan merasa dirinya baik dan pandai.Keadaan ini yang memungkinkan peribadi dai menjadikan meremehkan orang lain dan merendahkan kemampuan yang ada di antara dai. Dialah seorang yang hebat dan yang lain kurang apabila dibandingkan dengan kepakaran menyampaikan dakwah.
• Secara amaliyah
Syarah
• Dai yang infiradi cenderung dakwah yang dilakukannya secara sembarangan tidak mengikuti cara dan tidak mengikuti msistem kecuali system yang dibuatnya sndiri dan juga bergantung kepada peribadi. Bahaya infiradi dalam berdakwah adalah dakwah yang tidak jelas kemana akan di bawadan kemana orientasi serta natiujah yang dicapai. Dakwah secara infiradi yang penting berdakwah dan masyarakat senang kemudian memanggilnya kembali pada saat berikutnya.
• Dakwah secara parsial iaitu dakwah sebahagian dan tidak sempurna yang juga merupakan akibat dari dakwah infiradiyah. Kemampuannya terbatas kerana tidak bersama-sama sehingga dakwah hanya disampaikan yang sesuai kemampuannya sedangkan dakwah itu sendiri bersifat luas dan integral yang tidak mungkin dikerjakan secara bersendirian. Kelemahan peribadi kerana infiradi ini memungkinkan peribadi dai menjadi letih kerana kerja sendiri.
• Pendekatan yang tradisioanal biasanya dibawa oleh dai infiradi. Alasan yang perlu dikemukakan kerana dai tradisional yang meluli pendekatan kitab kuning biasanya tidak mengenal dakwah beramal jamai. Ilmu yang diperolehnya adalah bagaimana ilmu itu di kembangkan kepada orang lain. Mereka kurang memahami bagaimana dakwah secara bersama. Dakwah tradisional biasnya berorientasikan kepada buku dan kemudian disyarahkan tanpa melihat keadaan sekitar atau isu-isu semasa.
• Dakwah tambal sulam adalah dakwah yang melakukan pendekatan tidak sempurna dan tidak mempunyai minhaj sehingga dakwah ini hanya berorientasikan kepada perminyaan mad’u dan mengikuti kemahuan pelanggan. Selian itu dakwah tambal sulam ini berjalan mengikuti persoalan semasa yang di buat oleh orang lain, sedangkan kesibukan dakwah kita ini menjadikan kita lupa kemana daakwah kita yang sebenarnya dan bagaimana dakwah berjalan.

5.ubat(ilaj)
Syarah
• Ubat keatas penyakit dakwah infiradi ini adalah dakwah dengan cara beramal jamai. Beramal jamai memerlukan indivivu tersebut mempunyai kesadaran yang bersumber kepada pengetahuan ; berorientasikan kepada islamiyah bukan jahiliyah infiradiyah; mesti menjadi peribadi yang rendah hati sebagai bekal neramal jamai;bersikap adil kerana nantinya akan bekerja sma dan merasakan kesusahan dan kebahagiaan bersama; dakwah yang perlu dibawa mesti menyeluruh tidak sebagian dan membagikan tugasa ini secara bersama untuk mencapai tujuan bersama; pendekatan yang moden tidak tradisional iaitu dengan menggunakan berbagai fasiliti dan wasilah seperti komputer atau pendekatan yang menarik; dakwah yang di bawa mempunyai konsep yang canggih dalam menjawab permasalahan ummat masa kini dan minhaj yang berorientasi kepada perubahan dan pembentukan ummat.

6.Amal jamai
Syarah
• Amal jamai ini merupakan sunnahnya mahluk hidup terhadap perlaksanaan aktiviti kehidupan untuk meneruskan kehidupannya secara sempurna sebagai mahluk. Tanpa amal jamai, maka masalah tidak akan diselesaikan dan dakwah semakin terbantut. Keadaan yang membawa kepada dakwah amal jamai mesti menjalnkan prinsip-prinsip islam dengan dai atau ahli yang mempunyai berbagai kesamaan aqidah, fikrah dan amal. Sunatullah beramal jamai ini dapat dilihat bagaimana semut beramal jamai, burung-burung yang hidup bersamaa, pookok dan juga lam semesta dengan usrah bumi, bulan, mars, matahari dan beberapa planet lainnya seperti Pluto senantiasa berjamaah dan beramal jamai dengan pusingan yang saling berkaitan dan taawum diantaranya. Dalam keadaan ini matahari sebagai masul yang bertanggung jawab dan planet ynag menjadi pusat bagi planet di sekitarnya.

Ringkasan
• Penyakit ummat pangkalnya adaah: infiradiyah: 1. Secara maknawiyah(mentl): emosional, berorientasi tookoh, merasa hebat, merendahkan orang lain. 2. Secara aktivi: asal-asalan, parsial, sebahagian-sebahagian, tradisional, tambal sulam.
• Diobati oleh amal jamai dengan: kesedaran yang bersumber dari pengetahuan, brorientasi Islami, rendah hati, adil, menyeluruh. Modern, konsep dan minhaji merubah secara total.

Objektif
• Memahami permasalahan umat islam yang dihadapi seorang dai dan dapat menyebutkan penyebab
• Memahami bahawa tarkiz dari penyelesaian permasalahan tersebut adalah membentuk syakhsiyah Islamiyah dan umat Islam
• Menyedari peranan sikap komitmen terhadap akhlak dan tsaqofah islamiyah dalam membentuk syakhsiyah islamiyah mutakamilah

Sinopsis
Setelah perbincangan masalah umat di dalam dakwah yang memfokuskan infiradi sebagai bahagian penting dan isu utama di dalam keadaan dakwah saat ini. Persoalan dakwah yang berlaku secara umumnya da[at dibahagikan kepada persoalan yang senantiasa ada pada manusia dan mungkin berterusan ada kerana perkara ini tidak mengkin terlepas dari keadaan dakwah secara umumnya. Beberapa keadaan ini adalah di sebabkan kerana kejiwaan manusia dengan kecenderungannya, watak, syahwat dan instink.

Sedangkan persoalan berikutnya adalah berkaitan dengan persoalan semasa yang juga bergantung kepada keadaan tempatan negara islam tersebut berada seperti persoalan yang di sebabkan oleh sisa-sisa masa penyelewengan seperti: dengan raja/penguasa dictator, adanya kebaikan yang berpenyakit, peninggalan para penyeru ke neraka jahanam, bekas penjajah yang meninggalkan hokum sampai ditinggalkannya sholat. Perkara-perkara diatas menyebabkan kaum muslimin jahil terhadap islam. Persoalan lainnya adalah penyakit-penyakit hasil penjajahan seperti: wujudnya berbagai lembaga kekufuran, akibat penjajahan yang akhirnya keterbelakangan iptek, masyarakat islam yang cara berfikirnya salah, kejiwaan ummat yang salah seperti rendah diri. Keadaan ini menyebabkan adanya dominasi musuh-musuh terhadap ummat. Kemudian persoalan lainnya yang wujud adalah terdapatnya kekuatan yang menantang seperti: musuh yang menyusn aktivitinya dengan perencanaannya, dengan penyusunannya dan dengan sarananya yang canggih. Mereka melkukan perang jahiliyah yang tersusun dengan rapi.Akibatnya ummat islam seperti buih(hadist) yang ringan timbangannya dan mengikut arus.

Jalan keluar dari masalah yang dihadapi ummat demikian adalah mesti betul-betul bersedia dan berdakwah secara serius. Beberapa jalan keluarnya adalah muslim mesti memiliki ilmu pengetahuan, melaksanakan pembinaan/tarbiyah dan juga jihad. Penumpuan jihad hendaknya membangun syakhsiyah islamiyah.

Hasyiah
1.Persoalan ummah

Syarah
• Persoalan ummah disebabkan kerana dakwah yang tidak berjalan atau kurang berkesan. Dakwah dan jihad ini adalah sebagai penyokong dan atap bagi akhlak dan ibadah yang akan di bangun secara baik sehingga rumah islam ini dapat di bangun secara baik Tanpa dakwah maka permasalahan akan bermunculan secara bertahap dan kemudian memuncak keatas diri ummat islam. Masalah ummat kerana dakwah tidak berkesan tidak di sebabkan oleh permasalah pembawa dakwah itu sendiri yang senantiasa ada mengiringi dakwah dan persoalan yang di sebabkan oleh keadaan semasa sebagai respon dan kesan keadaan sebelumnya dan keadaan akan dating.
• Persoalan yang senantiasa ada

Syarah
• Persoalan yang selalu muncul adalah persoalan mengnai manusia, persoalan ini selalu ada selama manusia ini tetap hidup dan bersama dakwah. Dari zaman Nabi Adam hingga sekarang, keadaan manusia adalah isu permasalahan utama yang tidak pernah habis dan tak kunjung padam.Masalah yang perlu dihadapi adalah bagaimana kita menghadapi keadaan manusia ini dengan baik dan dapat mengatasi pernasalahan sebagai sarana meningkatkan keupayaan dan ketahan diri. Beberapa persoalan manusia ini adalah masalah kejiwaan manusia yang unik dan mudah berubah mengikuti keadaan dan suasana, kecenderungan peribadi ke arah tertentu, masalah watak yang beragam, pengaruh syahwat dan keadaan instink manusia.
• Persoalan kontemporer

Syarah
• Keadaan semasa yang merupakan masalah yang ada pada reality saat ini berdasarkan kepada persoalan-persoalan sebelumnya seperti akibat dari sisa masa penyelewengan, penyakit dari penjajah dan adanya kekuatan yang menantang. Dari permasalahn ini akan mewarnai bagaimana keadaan dan masalah ummat sekarng ini. Pertimbangn kepada isu semasa ini merupakan suatu yang penting bagi menjalankan dakwah yang benar dan baik di tengah kancah perjuangan yang banyak dipengaruhi banyak factor.

4. Sisa masa penyelewengan
Syarah
• Sebahagian dari negara dan masyarakat islam barulah lepas dari keadaan yang dikuasai oleh dictator yang kejam dan raja yang tidak menjalankan islam, juga berbagai keadaan yang muncul sebelum seperti pengaruh aliran sesat atau dakwah yang membawa kehancuran seperti dakwah yang berorientasikan kepada jihad senjata, dakwah sebelumnya yang membawa kesan dan imej yang negatif, dan kekuasaan yang menjadikan muslim tidak mengerjakan amalan islam termasuk sholat.
• Persoalan manusia yang selalu menyertai dakwah ini dan persoalan semasa akan menjadikan ummat bodoh kepada islam.

5.Penyakit akibat penjajahan
Syarah
• Penyakit yang juga diambil kira sebagai sebab munculnya suatu kekalahan dan kehancuran islam adalah berbagai lembaga-lembaga kekufuran seperti mahkamah, hokum jahiliyah, system pentadbiran dan juga berbagai aturan yang dilembagakan seperti industrial court; penjajah juga meninggalkan keterbelakangan ilmu pengetahuan dan tehnologi yang sengaja diciptakan oleh penjajah sehingga menjadikan umat semakin bodoh; penjajah juga menjadikan ummatsalah berfikir atau mempunyai pemikiran yang tidak betul dan kejiwaan yang menyertainya tidak normal seperti rasa rendah diri dan tidak percaya diri.
• Keadaan ini menjadikan ummat islam di dominasi oleh musuh-musuh islam.

6.Kekuatan yang menentang
Syarah
• Kekuatan-kekuatan yang menentang terhadap dakwah islam sangat banyak di dalam masyarakat sekuler saat ini. Kepentingan-kepentingan sekuler merasa tidak terjaga apabila islam berjaya.Keinginan hawa nafsu mereka tidak akan tersalurkan dengan tegaknya dakwah islam sehingga mereka berusaha mati-matian menentang kekuatan islam dan memadamkan dakwah islam. Kekuatanyang menentang ini dirancang dengan perencanaannya dan sarana yang bak.Mereka melakukan perang jahiliyah yang disusun rapi.
• Akibat kekuatan ini adalah ummat islam seperti buih yang ringan timbangannya dan mengikuti arus.

7.Jalan keluar
Syarah
• Jalankeluar dari permasalahan ini adalah masyarakat muslim mesti berilmu sehingga dengan ilmu ini tidak akan terpengaruh sesat dan umat islam mempunyai benteng yang kuat.Ilmu yang benar tsaqofah yang luas perlu dipelihara dan diamalkan dengan menjalankan tarbiyah atau pembinaan. Kemudian jihad menjadi penegak dan pemeliharaan masalah walaupun demikian jihad yang dimaksudkan adalah lebih kepada dakwah untuk membangun syaksiyah islamiyah.

Ringkasan dalil
• Persoalan dakwah :1. Persoalan yang senantiasa ada : kejaiwaan manusia dengan kecenderungan, watak, syahwat dan instink. 2. Persoaalan semasa:A.sisa-sisa mesa penyelewengan dengan:Raja/penguasa dictator, kebaikan yang berpenyakit, para penyeru ke neraka jahanam, ditinggalkannya hukumsampai ditinggalkannya sholat. Dua perkara diatas menyebabkan kaum muslimin jahil terhadap islam. B. penyakit penyakit hasil penjajahan : berbagai lembaga kekufuran, keterbelakangan iptek, cara berfikir yang salah, kejiwaan yang salah. Hal ini menyebabkan adanya dominasi musuhh-musuh terhadap ummat. C. Kekuatan yang menantang: dengan perencanaannya, dengan penyusunannya dan dengan sarananya. Mereka melakukan perang jahiyah yang tersusun rapi.
• Akibat ummat islam seperti buih(yang ringan timbangannya dan mengikuti arus.
• Jalan keluarnya adalah ilmu pengetahuan, pembinaan/tarbiyah: dan jihad. Penumpuan jihad hendaknya membangun syakhsiyah islamiyah.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar