At-Thoriq Ila Makrifatillah
Sinopsis
Apabila kita ingin mencapai sesuatu sasaran, pastinya kita mesti tahu
apakah dan bagaimanakah jalan yang akan menyampaikan kita kepada sasaran
itu. Begitu juga dengan sasaran untuk mengenal Allah bukan sebarangan
cara boleh digunakan kerana jalan yang tidak betul akan membawa kepada
pengenalan yang salah. Jalan menuju kepada makrifatullah adalah menerusi
ayat-ayat yang terang dan jelas sebagai satu penyataan dari Allah (ayat
qauliah). Ayat ini adalah penyataan-penyataan pengenalan yang
difirmankan oleh Allah sendiri di dalam al-Quran. Selain itu, ada juga
ayat-ayat kauniah yang menjadi bahan berfikir manusia terhadap kejadian
alam yang begitu unik ini. Dari dua jalan ini Islam mengajak manusia
menggunakan akal dan juga naql untuk menuju makrifatullah . Kedua-dua
metod ini akan melahirkan keyakinan, langsung mencetuskan pembenaran
(tasdiq) dalam hati kecil manusia yang akhirnya membuahkan keimanan yang
mantap terhadap Allah s.w.t.
Selain metod ini, ada juga manusia yang menggunakan metod duga-dugaan
dan hawa nafsu untuk mengenal Allah. Paling pasti adalah mereka tidak
akan bertemu sasarannya yang sebenar malah dia boleh dipermainkan oleh
syaitan seperti yang berlaku kepada penganut hindu, budha dan lain-lain
lagi yang menggambarkan tuhan itu mengikut apa yang mereka khayalkan.
Metod ini akan berakhir dengan kekufuran.
Hasyiah
1.Jalan menuju pengenalan terhadap Allah s.w.t .
Syarah
Allah s.w.t tidak menampilkan kewujudan Zatnya Yang Maha Hebat di
hadapan makhluk-makhluknya secara langsung dan dapat dilihat seperti
kita melihat sesama makhluk bahkan selagi kita boleh nampak dengan mata
kepala kita, maka itu bukanlah tuhan . Allah juga menganjur kepada
manusia menerusi Nabi s.a.w supaya berfikirlah pada makhluk-makhluk
Allah tetapi jangan sekali anda berfikir tentang zat Allah.
Makhluk-makhluk yang menjadi tanda kebesaran dan keagungan Allah inilah
yang disarankan di dalam banyak ayat al-Quran agar menjadi bahan
berfikir tentang kebesaran Allah.
2.Ayat Qauliah
Syarah
Ayat-ayat qauliah adalah ayat-ayat yang difirmankan oleh Allah s.w.t di
dalam al-Quran. Ayat-ayat ini boleh menyentuh pelbagai aspek termasuklah
jalan-jalan kepada makrifatullah.
Dalil
95:1-5 : Allah mengajak kita berfikir tentang kejadian makhluknya
termasuk buah-buahan, bukit-bukau bahkan diri manusia itu sendiri
sehingga akhirnya manusia dapat menyimpulkan satu keyakinan bahawa
penciptanya adalah Allah.
3.Ayat Kauniah
Syarah
Ayat Kauniah adalah ayat atau tanda yang wujud di sekeliling kita yang
diciptakan oleh Allah. Ayat-ayat ini adalah dalam bentuk benda,
kejadian, peristiwa dan sebagainya yang ada di dalam alam ini. Oleh
kerana alam ini hanya mampu dilaksanakan oleh Allah dengan segala sistem
dan peraturan nya yang unik, maka ia menjadi tanda kehebatan dan
keagungan Penciptanya.
Dalil
41:53: Allah menjelaskan bahawa Dia akan tunjukkan ayat-ayat kauniah-Nya
diufuq dan juga pada diri manusia sendiri sehingga menjadi terang dan
jelas akan kekuasaan Allah.
3:190: Pada kejadian langit dan bumi serta pertukaran siang dan malam
juga adalah ayat kauniah kepada kekuasaan Allah bagi sesiapa yang
berakal.
4.Metod Islam dengan naqli dan akal
Syarah
Islam menghargai nilai akal yang dimiliki manusia kerana dengan sarana
akal ini manusia mampu berfikir dan memilih antara yang benar atau
salah. Walau bagaimanapun, dengan akal semata-mata tanpa panduan dari
Pencipta akal pencapai pemikiran cukup terbatas. Apa lagi jika
dicampurkan dengan anasir hawa nafsu dan zhan. Gabungan antara kemampuan
akal dan panduan dari Penciptanya akan menghasilkan pengenalan yang
tepat dan mantap terhadap Allah s.w.t. Menjadi satu kesalahan apabila
manusia tidak menggunakan akalnya untuk berfikir.
Dalil
10:100-101: Tiadalah seseorang itu beriman melainkan dengan izin Allah.
Dia menjadikan siksaan atas orang-orang yang tidak berfikir.
KatakanlahPerhatikanlah apa-apa yang dilangit dan dibumi. Tetapi tidak
bermanafaat keterangan dan peringatan bagi kaum yang tidak beriman.
65:10 Ancaman Allah dengan siksaan bagi mereka yang berakal tapi tidak
berfikir
67:10 Penyesalan yang pasti bagi mereka yang tidak berfikir
6.Tasdiq (membenarkan)
Syarah
Hasil dari berfikir dan meneliti secara terus menurut pedoman-pedoman
yang sewajarnya, akan mencetuskan rasa kebenaran, kehebatan dan
keagungan Allah . Boleh jadi ia berbetulan dengan firman Allah 53:11(
Tiadalah hatinya mendustakan (mengingkari) apa-apa yang dilihatnya).
Hati mula membenarkan dan akur kepada kebijaksanaan Tuhan.
Dalil
3:191: Orang-orang yang mengingati Allah setiap ketika akan terungkap
pada lisannya ucapan Maha Suci Engkau ya Allah.
50:37: Yang demikian itu menjadi peringatan bagi orang yang mempunyai
hati atau mendengarkan sedang hatinya hadir.
7.Menghasilkan iman
Syarah
Metod pengenalan kepada Allah yang dibawa oleh Islam ini cukup efektif
secara berurutan sehingga akhirnya menghasilkan keimanan sejati kepada
Allah azzawajalla.
8.Metod selain Islam
Syarah
Pemikiran berkenaan theologi dan ketuhanan banyak juga di bawa oleh
pemikir-pemikir dari serata dunia tetapi tidak berlandaskan kepada metod
yang sebenar. Kebanyakannya berlandaskan duga-dugaan, sangka-sangkaan
dan hawa nafsu. Pastinya metod cacamerba ini tidak akan sampai kepada
natijah yang sebenar kerana bayang-bayang khayalan tetap menghantui
pemikiran mereka. Ada tuhan angin, tuhan api, tuhan air yang berasingan
dengan rupa-rupa yang berbeza seperti yang digambarkan oleh Hindu, Budha
dan seumpamanya.
9.Dugaan dan hawa nafsu
Syarah
Dua unsur utama dalam metod mengenal Tuhan yang tidak berlandaskan
disiplin yang sebenar adalah sangka-sangkaan dan juga hawa nafsu.
Campurtangan dua unsur ini sangat tidak mungkin untuk mencapai natijah
yang tepat dan sahih.
Dalil
2:55 : Kaum Nabi Musa mengambil anak lembu sebagai tuhan dan cabar untuk
tidak beriman dengan Musa kecuali setelah melihat Allah secara terang,
lalu mereka disambar oleh halilintar.
10:36: Kebanyakan mereka tidak mengikut kecuali duga-dugaan semata-mata.
Sesungguhnya dugaan itu tidak cukup untuk mendapat kebenaran sedikitpun.
6:115 : Telah tamatlah kalimah Tuhanmu dengan kebenaran dan keadilan.
10.Ragu-ragu
Syarah
Apabila jalan yang dilalui tidak jelas dan tidak tepat, maka hasil yang
di dapati juga sangat tidak menyakinkan. Mungkin ada hasil yang
didapati, tetapi bukan hasil yang sebenarnya. Bagaimanakah kita ingin
mengenal Allah tetapi kaedah pengenalan yang kita gunakan tidak menurut
neraca dan panduan yang telah ditetapkan oleh Allah. Kadangkala
sayyidina umar tersenyum sendirian mengenangkan kebodohannya menyembah
patung yang dibuatnya sendiri dari gandum sewaktu jahiliah , apabila
terasa lapar dimakannya pujaan itu.
Dalil
22:55: Orang-orang kafir sentiasa dalam keraguan.
24:50: Apakah ada dalam hati mereka penyakit, atau mereka masih
ragu-ragu atau takut
11.Berakibat kufur
Semua metod pengenalan yang tidak berasaskan cara yang dianjurkan oleh
Islam iaitu menerusi aql dan Naql akan menemui jalan serabut iaitu
kekufuran terhadap Allah s.w.t.
-------------
Mawani' Makrifatullah
Sinopsis
Walaupun ayat-ayat Allah sama ada ayat-ayat qauliah mahupun kauniah
adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin membaca dan menelitinya
, namun terdapat berbagai halangan yang akan berhenti di hadapan kita
yang didokong oleh iblis dan hawa nafsu bagi memastikan anak cucu adam
terus berada di dalam kesesatan dan jauh dari petunjuk Allah s.w.t.
Halangan-halangan ini muncul dalam bentuk sifat-sifat peribadi yang
kontradik berpunca dari syahwat seperti nifaq, takabbur, zalim, dusta
dan sifat-sifat yang berpunca dari salah faham atau syubhat seperti
jahil, ragu-ragu, menyimpang. Kesemua ini menatijahkan kekufuran
terhadap Allah s.w.t.
Hasyiah
Sifat yang berasal dari penyakit syahwat
1. Fasiq
Syarah
Iaitu orang-orang yang melanggar janji Allah, memutuskan apa yang
diperintahkan oleh Allah menghubungkannya dan mereka melakukan bencana
di atas muka bumi
Dalil
2:26-27: Sesungguhnya Allah tidak malu menjadikan nyamuk untuk menjadi
perumpamaan atau benda yang lebih hina daripadanya. Adapun orang-orang
yang beriman mengetahui bahawa yang demikian itu suatu kebenaran dari
Tuhan tetapi orang-orang yang kafir berkata: Apakah maksud Allah dengan
perumpamaan ini ?
59:19: Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah lalu
Allah menjadikan mereka lupa terhadap diri mereka sendiri. Mereka itulah
orang-orang yang fasiq.
2. Sombong
Syarah
Adalah orang yang hatinya engkar dan membantah terhadap ayat-ayat Allah
dan mereka tidak beriman dengan Allah
Dalil
16:22 : Orang-orang yang tidak beriman kepada hari Akhirat, hati mereka
indkar dan merekaitu orang-orang yang sombong
40:35: Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah tanpa keterangan yang
sampai kepada mereka. Amat besarlah kebencian di sisi Allah dan di sisi
orang-orang yang beriman (terhadap mereka). Demikianlah Allah mengecap/
menutup tiap-tiap hati orang yang sombong lagi ganas.
40:56 : Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah tanpa keterangan
7:12: Allah telah menghalau Iblis dari syurga kerana bersikap sombong
dan tidak mahu tunduk kepada arahan Allah.
3. Zalim
61:7: Siapakah yang terlebih zalim daripada orang yang mengada-adakan
dusta terhadap Allah sedang dia diseru kepada Islam ? Allah tidak
memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
32:22 : Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang diberikan
peringatan dengan ayat-ayat tuhannya kemudian dia berpaling daripadanya…
4. Dusta
2:10 : Dalam hati mereka ada penyakit (syak wasangka) lalu ditambah
Allah penyakit itu dan untuk mereka itu siksa yang pedih kerana mereka
berdusta.
77:9-19: Kecelakaan bagi mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah.
5. Banyak dosa
83:14 : Berkarat hati mereka kerana dosa yang mereka lakukan.
Semua sifat-sifat yang disebutkan di atas tadi akan berakhir dengan
kemurkaan dari Allah s.w.t. Walau bagaimanapun sifat-sifat ini boleh
dirawati dan diubati dengan usaha yang penuh mujahadah. Manakala
kelompok kedua adalah sifat-sifat yang berasal dari penyakit syubhat
yang ada pada personaliti seseorang.
7. Jahil
39-65: Orang-orang yang tidak mengambil iktibar dari wahyu
8. Ragu-ragu
22:55: Orang-orang kafir sentiasa di dalam keraguan
9. Menyimpang
5:13 : Oleh kerana mereka melanggar perjanjian , Allah kutuk mereka dan
menjadikan hati mereka keras sehingga mereka mengubah kalimat Allah.
10. Lalai
7:179 : Mereka memiliki hati, mata dan telinga tetapi semuanya tidak
difungsikan dan mereka menjadi seumpama binatang lalu disediakan kepada
mereka jahannam.
Semua sifat-sifat yang berpunca dari syubhat ini akan berakhir dengan
kesesatan kerana ia menghalang dari menerima hidayah daripada Allah.
Fenomena ini boleh diubati dengan ilmu-ilmu Islam yang di dapati lalu
diaplikasikan dalam bentuk amalan .
----------------
Adillah Ala Wujudillah
Sinopsis
Kewujudan Allah s.w.t adalah sesuatu yang cukup terang sehingga
sesetengah pihak yang ekstrem berpendapat kewujudan Allah tidak perlu
kepada dalil lantaran terlalu jelas. Walau bagaimanapun dalil-dalil yang
membuktikan kewujudan Allah ini boleh kita lihat dari berbagai aspek,
antaranya dari aspek fitrah, aspek pancaindera, dari aspek logik /aqal,
dari aspek nas/naql dan juga dari aspek sejarah. Bila kita membicarakan
dalil-dalil kewujudan Allah, kita tidak bermaksud
perbincangan-perbincangan falsafi yang merumitkan tetapi bagaimana
dalil-dalil itu dapat difahami dengan mudah dan menunjangkan keyakinan
terhadap Allah s.w.t.
Hasyiah
1. Dalil Fitrah
Syarah
Adalah dalil yang lahir dari fitrah asal manusia itu sendiri. Hal ini
banyak dirakamkan di dalam al-Quran, bagaimana manusia umumnya mengakui
kewujudan Allah.
Dalil
7:172 : Allah bertanya: Bukankah Aku Tuhan kamu ? Sahutnya: Ya, Kami
menjadi saksi
29:61 : Demi kalau engkau tanyakan kepada mereka siapakah yang
menciptakan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan, nescaya
mereka menjawab: Allah.
43:9 : Demi jika engkau tanyakan kepada mereka siapakah yang menciptakan
langit dan bumi, nescaya mereka menjawab: yang menciptakan semuanya
adalah (Allah) Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.
75:14-15: Bahkan manusia jadi saksi atas dirinya sendiri meskipun ia
menerangkan beberapa keuzuran
2. Dalil Indera
Syarah
Adalah dalil-dalil yang dapat dinikmati, dilihat, dirasai atau disentuhi
oleh indera.
Dalil
54:1: Telah hampir saat kiamat dan bulan pun terbelah
17:1 : Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambanya di malam hari
dari Masjidil Haram
8:9 : Sesungguhnya Aku menolong kamu dengan seribu malaikat yang
beriringan
3:125: Ya, jika kamu sabar dan taqwa dan datang orang-orang kafir itu
bersegera kepadamu tuhanmu menolongmu dengan lima ribu malaikat
3. Dalil Aqli
Syarah
Adalah dalil-dalil yang berasaskan akal
Dalil
41:53: Nanti akan Kami perlihatkan kepada mereka ayat-ayat (tanda-tanda
kekuasaan) Kami di ufuk-ufuk dan pada diri mereka sendiri.
27:88 : Engkau lihat gunung-gunung, engkau kira ia tetap padahal ia lari
seperti larinya awan
87:1-4: Sucikanlah nama Tuhanmu yang Maha Tinggi yang menciptakan semua
alam lalu meyempurnakan kejadiannya, dan yang menentukan dan memberi
petunjuk dan yang menumbuhkan padang rumput (tanam-tanaman).
4. Dalil Naqli
Syarah
Adalah dalil-dalil yang bersandarkan kepada nas-nas.
Dalil
4:82 : Tidakkah mereka mentadabbur al-Quran ? Sekiranya al-Quran itu
dari sisi selain Allah nescaya mereka mendapati banyak perselisihan di
dalamnya.
17:88 : Katakanlah: Demi jika jika berhimpun manusia dan jin hendak
memperbuat seumpama al-Quran ini, nescaya mereka tidak dapat memperbuat
seumpamanya.
15:9: Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran dan dan Kami
memeliharanya.
5. Dalil Sejarah
Syarah
Adalah dalil-dalil kekuasaan dan keagungan Allah yang diambil dari
peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di atas muka bumi.
Dalil
3:137 : Sesungguhnya telah lalu beberapa peraturan (Allah) sebelum kamu,
maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah, bagaimana akibatnya
orang-orang yang mendustakan agama.
7:176 : Demikianlah umpamanya kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami.
Sebab itu kisahkanlah kisah itu, mudah-mudahan mereka berfikir.
12:111: Sesungguhnya dalam kisah-kisah mereka itu ada ibrah (pengajaran)
bagi orang-orang yang berakal.
11:120: Setiap riwayat kami kisahkan kepadamu di antara perkhabaran para
rasul supaya Kami tenteramkan hatimu dengannya.
Mengagung Allah dan Mentauhidkan Allah
Syarah
Dari semua dalil-dalil yang dapat dilihat di atas itu adalah berfungsi
menguatkan pandangan kita betapa keagungan Allah s.w.t begitu luarbiasa
dan menundukkan kita sendiri di hadapan keagungan ini. Langsung
mencetuskan tauhidullah yang luarbiasa.
Dalil
21:92 : Sesungguhnya ini, umat kamu (hai mukminin) umat yang satu dan
Aku tuhanmu, sebab itu sembahlah Aku.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar